Sorting by

×

MIHF’24: LEBIH YAKIN BELI PRODUK HALAL

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 21 Disember – Penganjuran Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF’24) memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mendapatkan produk-produk halal yang dijual dari dalam dan luar negara.

Pengunjung, Sharifah Munira Mohd Noor, 39, berkata festival itu secara tidak langsung memberikan ilmu pengetahuan baharu kepada orang ramai mengenai produk halal buatan Muslim.

“Festival ini sangat bagus diadakan kerana terdapat pelbagai jenis produk yang kita tidak tahu sama ada ia halal atau tidak untuk digunakan.

“Di sini (Festival Halal) kita dapat melihat sendiri produk yang memang diyakini halal. Selain makanan kita boleh lihat produk pelancongan, kecantikan dan pakej Umrah ditawarkan.

“Selepas ini saya akan bawa suami dan anak-anak pula ke festival ini supaya mereka dapat lihat apa produk halal yang ada dari dalam dan luar negara,” katanya kepada Melaka Hari Ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Img 20241220 191959 496
MIHF’24 menawarkan pelbagai informasi berkaitan produk halal, selain gerai jualan. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sementara itu, Hasrun Hariz Mohd Rizal, 23, berpendapat festival itu sebagai salah satu platfrom memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai produk-produk halal.

“Di festival ini kita mudah untuk mencari produk halal kerana di luar kita kurang pendedahan yang mana produk halal atau tidak.

“Halal ini bukan sahaja daripada segi makanan, tetapi pakaian, produk harian digunakan dan banyak lagi,” katanya.

MIHF’24 yang berlangsung di MITC sehingga Ahad menawarkan pameran produk halal dari lebih 300 pempamer dalam dan luar negara.

Ia bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma kepada orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post LEMBARAN BAHARU PEMENTASAN TEATER MUZIKAL SEJARAH MELAKA
Next post PERSATUAN FISIOTERAPI MUCM DEKATI KOMUNITI MELAKA
Ubah saiz-+=