Sorting by

×

MIHF’24 CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM6.2 JUTA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 23 Disember – Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF’24) anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings Bhd berjaya mencatat nilai jualan lebih RM6.2 juta.

Pengurus Besar MAIM Holdings Bhd, Zohaime Muhamad Sori berkata, lebih membanggakan apabila penganjuran sulung MIHF’24 berjaya menggamit kehadiran 60,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dari 20 hingga 22 Disember lalu.

“Alhamdulillah biarpun julung kali dianjurkan, festival ini mendapat sambutan sangat menggalakkan, sesi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B) adalah antara penyumbang utama kepada kutipan besar kali ini.

“Fokus utama penganjuran MIHF’24 adalah memberi manfaat kepada pengguna, peniaga atau usahawan dengan menyediakan medium atau platform baru tujuan urus niaga khusus melibatkan produk halal.

“Selain itu sepanjang festival, usahawan boleh berjumpa empat mata dengan pegawai MAIM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung permohonan sijil halal,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Berdasarkan perkembangan positif itu, beliau bercadang untuk menjadikan festival itu sebagai acara tahunan, sekali gus merancakkan lagi ekosisten industri halal.

Selain itu beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri, MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas sokongan diberikan untuk menjayakan penganjuran MIHF’24.

“Ada dalam kalangan ushawan sudah nampak potensi atau peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka, menerusi MIHF’24 juga mereka mula belajar cara untuk mempromosikan produk dihasilkan ke pasaran antarabangsa seperti Korea Selatan dan Jepun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

87
Kongsi :
Previous post JUAL BOT LAMA ATAU GUNA UNTUK TUAI HASIL KUPANG, KERANG
Next post MPHTJ HARGAI 130 AGENSI KERAJAAN, SWASTA, NGO DAN MEDIA
Ubah saiz-+=