
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April – Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel MITC, di sini, hari ini.
Majlis yang diadakan secara santai itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MHISB Nasharuddin Muhammad dan Ketua Pengarang Mohd Salman Hamat selaku tuan rumah.
Hadir menyerikan majlis sambutan adalah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MHISB merangkap Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.
Turut hadir, ahli-ahli Lembaga Pengarah MHISB antaranya Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin serta Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Fadhilad Md Saleh.
Hadir sama, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Turut diraikan lebih 30 kakitangan MHISB yang terdiri daripada editorial, Melaka TV, unit pemasaran, sumber manusia dan pentadbiran.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.