
MHI antara agensi meterai MoU bersama MTA perkasa pelancongan Melaka
BANDARAYA MELAKA 9 Dis – Melaka Hari Ini Sdn. Bhd. (MHI) antara empat agensi yang telah menjalinkan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) bagi memacu sektor pelancongan negeri, malam tadi.
Perjanjian itu telah disaksikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz yang mewakili Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis serta kenamaan lain.
MoU itu telah ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif MHI, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Presiden MTA, Madelina Kuah.
Di bawah MOU itu, MHI dan MTA akan bekerjasama dalam bidang promosi pelancongan dan latihan.
Selain itu, MHI juga akan menawarkan diskaun khas iklan digital kepada semua ahli-ahli MTA.
Selain MHI turut menandatangani MoU bersama MTA ialah Bayou Lagoon Park Resort, Melaka Taming Sari Sdn. Bhd. dan Ukhwah Harmoni Travel & Tour Sdn Bhd.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...
RENTAK BERTANDAK MELAKA PAMER KEUNIKAN BUDAYA SERUMPUN
AYER KEROH 16 April - Program Rentak Bertandak Antarabangsa 2025 yang merupakan acara kebudayaan nusantara akan diadakan di Melaka pada...
KEMUNCAK WRUR LENDU, SUNGAI UDANG PADA 31 MEI
ASAHAN 16 April - Perasmian penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan DUN...
2025 DAN 2026, PELANCONGAN MELAKA ‘TIDAK BEREHAT’
SERI NEGERI 16 April - Sektor pelancongan Melaka kembali meriah tahun lalu susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024...
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...