Sorting by

×

MGBM bertemu KBS bincang penangguhan laksana had umur belia

Masa Membaca:1 Minit, 59 Saat

PUTRAJAYA 15 Dis- Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) mengadakan pertemuan serampang dua mata bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan pemimpin utama 41 Badan Bukan Kerajaan (NGO) pertubuhan belia seluruh Malaysia di Putrajaya, semalam.

Pertemuan itu bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan umur 30 tahun ke bawah bagi pemegang jawatan pertubuhan belia yang akan berkuat kuasa bermula 1 Jan depan seperti diumumkan dalam sidang Parlimen 17 Nov lalu.

Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Datuk Mohd Ridhwan Tun Mohd Ali berkata keputusan yang dicapai masih belum dimuktamadkan lagi, dan akan ada sesi dialog pertemuan kedua selepas ini.

Katanya, dalam sesi dialog itu telah berbincang dan mencapai kesepakatan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menangguhkan had umur belia.

“Pihak menteri telah pun capai satu persetujuan bagi menangguhkan had umur belia dan akan ada lagi rundingan sesi kedua untuk penetapan “time frame” bilakah akan bermula pelaksanaan itu (had umur belia), memandangkan ada dua tarikh.

“Cadangan pihak NGO memohon agar pelaksanaan had umur ini dibuat pada 31 Dis 2025, namun pihak menteri pula mencadangkan pada Julai 2022 sebagai tarikh pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini dalam satu kenyataan selepas perjumpaan bersama wakil 41 NGO pemimpin utama pertubuhan belia dari seluruh Malaysia di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, petang semalam.

Hadir sama, Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha dan wakil-wakil NGO Pertubuhan Belia seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Ridhwan berkata usaha yang dilakukan ini adalah untuk memastikan kesinambungan kepimpinan belia pelapis yang akan kita bawa di masa hadapan mampu menggalas tanggungjawab memimpin serta meneruskan agenda pertubuhan belia yang ada sekarang.

“Semoga usaha kita lakukan adalah bagi memastikan kesinambungan kepimpinan belia pelapis yg akan kita bawa dimasa depan benar-benar mampu melunaskan tanggungjawab sebagai pemimpin dan meneruskan agenda pertubuhan belia yg ada skrang kini,”katanya.

Isu menurunkan had usia maksimum belia itu mula tercetus ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang Kementerian Belia dan Sukan pada ketia itu diterajui Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membentangkan usul pindaan Akta Pertubuhan Belia 2007 pada 2019 lalu.

Namun perkara itu tidak dipersetujui oleh pelbagai organisasi belia tempatan kerana had usia itu diturunkan daripada 40 tahun kepada 30 tahun berbanding cadangan asalnya, setakat 35 tahun.

Cadangan itu bagaimanapun tidak dilaksanakan ketika kementerian berkenaan diterajui Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican namun diteruskan apabila diambil alih Ahmad Faizal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

643
Kongsi :
Previous post Pergerakan penumpang domestik MAHB melonjak kepada 2.3 juta pada November
Next post Bot karam, 10 pendatang tanpa izin ditemukan lemas
Ubah saiz-+=