
Mewajah Merlimau 5 Tahun fokus sektor pelancongan
MERLIMAU 16 Feb – Beberapa lokasi tarikan di Merlimau akan diindahkan lagi dalam usaha mempelbagaikan dan memperkasakan sektor pelancongan negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beberapa bangunan tinggalan sejarah di Merlimau akan dicat semula dengan warna menarik sekaligus mengindahkan kawasan berkenaan.
“Kita ambil contoh negara luar seperti Singapura yang membangunkan bangunan bersejarah dengan tarikan tersendiri, usaha ini juga mampu mengekalkan dan memulihara unsur sejarah.
“Secara tidak langsung mampu menarik lebih ramai pelawat ke Merlimau. Seperti kita maklum setiap minggu ratusan ribu pelancong datang ke Melaka tapi tidak ramai singgah ke Merlimau sedangkan kawasan ini mempunyai tarikan pelancongan yang amat menarik,” katanya.
Beliau berkata, pembangunan produk pelancongan lain seperti aktiviti penternakan kupang turut diberikan perhatian oleh pihaknya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
