
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di tujuh negeri
KUALA LUMPUR, 8 Nov – Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga 4 petang ini.
Menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri terlibat ialah keseluruhan Perak dan Kedah meliputi Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Turut terlibat Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; Cameron Highlands, Jerantut, Maran dan Bera (Pahang) serta Segamat, Batu Pahat dan Kluang di Johor.
Di Sarawak pula kawasan terbabit adalah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Miri selain Subis, Beluru dan Marudi.
Sementara itu, di Sabah melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan di bahagian Pedalaman selain Pantai Barat, Tawau serta di Kudat (Kota Marudu).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....