
Mesyuarat parti politik dibenarkan, terhad 50 peratus kapasiti ruang
MELAKA 7 Nov – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka membenarkan mesyuarat parti politik bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan.
Dalam kemas kini terbaharu hari ini, MKN bagaimanapun memaklumkan mesyuarat itu hanya boleh dihadiri individu lengkap vaksin sahaja.
Selain itu, ia juga tertakluk mepada 50 peratus kapasiti ruang dengan mematuhi penjarakan fizikal.
“Sidang media selepas mesyuarat parti juga dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka,” kata MKN Melaka dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kemas kini terbaharu itu, MKN Melaka turut memaklumkan semua majlis rasmi kerajaan dan swasta adalah tidak dibenarkan berkuat kuasa 4 hingga 27 Nov.
Kenyataan itu turut mengulangi ketetapan sebelum ini yang melarang segala aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Melaka sehingga 27 Nov.
“Apa-apa aktiviti yang menyebabkan ramai orang hadir hingga menyukarkan penjarakan fizikal juga adalah tidak dibenarkan,” kata kenyataan itu lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...