
‘Merlimau Coworking Space’ percuma bakal dibangunkan
MERLIMAU 6 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau mahu mewujudkan Merlimau Coworking Space (ruang kerja bersama) percuma bagi memudahkan warga Dewan Undangan Negeri (DUN) itu melaksanakan kerja.
Beliau Dr Muhamad Akmal Saleh berkata inisiatif itu juga secara tidak langsung dapat membantu pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang memerlukan tempat untuk mengulangkaji pelajaran.
“Insya-Allah Merlimau Coworking Space akan dibina tidak lama lagi, kepada warga DUN merlimau yang bekerja secara online (dalam talian, adik-adik politeknik, UITM serta kolej komuniti yang memerlukan tempat study dan discussion boleh gunakan tempat ini secara percuma.
“Saya merasa kesian tengok adik-adik kita yang menyewa rumah ramai-ramai tiada tempat yang selesa untuk mereka belajar.
“Moga apabila ada Merlimau Coworking Space ini dapat membantu mereka cemerlang dalam pelajaran insya-Allah,” katanya pada satu hantaran di laman Facebooknya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...