
Meriahkan semula Kompleks Ikan Bakar Terapung
KUALA LINGGI 31 Mac – Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru, akan dibangunkan semula selepas sekian lama sepi tanpa aktiviti perniagaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah berkata, lawatan juga sudah dibuat untuk melihat sendiri keadaan terkini kompleks itu.
“InsyaAllah kita akan bangunkan semula kawasan ini, kembalikan seperti masa lalu yang penuh dengan pelancong dan masyarakat sekitar datang untuk makan serta beriadah.
“Pada kunjung hormat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sebelum ini saya juga ada menyatakan hasrat dan komitmen kita, saya tidak mahu tempat ini terbiar, fasiliti makin teruk jadinya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya 28 Mac lalu.
Ketika lawatan itu Rosli ditemani Pegawai Perhubungan MPAG Muhammad Padeli Baba, turut meninjau kemudahan di kompleks berkenaan seperti ruang makan, tandas dan pondok untuk pengunjung berehat.
Pix
1. ROSLI bersama Muhammad Padeli meninjau kemudahan di Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...