Sorting by

×

MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT AHAD INI

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 26 Disember 2024 – Orang ramai khusus umat Islam Negeri Melaka dipelawa untuk beramai-ramai memeriahkan program Melaka Berselawat sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Ahad ini.

Bagi memastikan penganjuran majlis ilmu itu berjalan lancar, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turun padang meninjau persiapan akhir program berkenaan.

“Petang tadi (semalam) saya sempat meninjau persiapan akhir bagi program Melaka Berselawat sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025. Saya juga ada memberikan beberapa cadangan dan pandangan untuk memastikan program penting ini benar-benar memberi makna selain meninggalkan kesan mendalam buat pengunjung.

“Di lokasi sama, turut berlangsung Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 dan Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) pada malam 31 Disember 2024 (Selasa),” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Pada lawatan itu Ketua Menteri turut diiringi Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

439
Kongsi :
Previous post MAIM PRIHATIN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK KAYFAZ
Next post UTEM BANTU URUS JENAZAH NURUL SYAFIQAH, NURHANIS AFRYNA
Ubah saiz-+=