Sorting by

×

Meriah aktiviti ‘mengoca’ di Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

MACHAP JAYA 8 Mei – ‘Berkubang’ di dalam parit, bermandi lumpur lalu bersedia untuk menangkap ikan menggunakan tangan, begitulah acara ‘mengoca’ yang disertai penduduk Kampung Kuala Sungga, di sini, semalam.

Menariknya, acara yang begitu sinonim pada zaman kanak-kanak di desa suatu ketika dahulu ini diadakan sempena sambutan rumah terbuka Aidilfitri Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Sungga.

Biarpun terpaksa mengorek lumpur untuk menangkap ikan, namun acara itu mendapat sambutan baik oleh kira-kira 200 penduduk kampung berkenaan, termasuk beberapa orang kanak-kanak yang seakan-akan melepaskan ‘geram’ turun ke parit.

Bagi Ahmad Zawawi Zulkifli, 11, mengoca adalah acara yang menyeronokkan kerana dia berpeluang bertemu bersama rakan-rakan sekolah di kampung.

“Saya memang menantikan acara mengoca ini sebab seronok dapat bersama dengan kawan-kawan kampung.

“Lagi seronok apabila berjaya tangkap seekor ikan walaupun baju kotor, saya tak kisah pun asalkan rasa gembira,” katanya pada program ‘Jom Ngoca’ di sini.

17DE8652-7D86-4E04-8D0B-AF4F0B1B123E
KHOLIQ menunjukkan ikan yang berjaya ditangkap hasil mengoca. Foto Aufa ‘Izzati

Sementara itu, peserta yang juga pemenang tempat kedua program Jom Ngoca, Nur Kholiq Ahmad Tohir, 42 berkata acara sedemikian menggamit nostalgia ketika berada di kampung halaman.

Kholiq yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia menyifatkan penganjuran itu dapat menghimpunkan seluruh peminat tangkap ikan di kampung berkenaan.

“Sepanjang 10 tahun di sini, saya bersyukur sebab kali ini kampung buat aktiviti seperti ini untuk kami yang memang hobi menangkap ikan.

“Biasanya jika tiada acara ini, kami akan tunggu musim banjir atau cari kawasan-kawasan perairan untuk menangkap ikan tetapi tidaklah seronok seperti ngoca beramai-ramai,” katanya.

Terdahulu, program ‘Jom Ngoca’ dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem yang berkesempatan turun ke parit untuk mengoca ikan bersama penduduk setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2088
Kongsi :
Previous post Cadang ‘ngoca’ sebagai acara tahunan
Next post Peluru artileri meletup, anggota cedera insiden tidak boleh lupa
Ubah saiz-+=