
Merdekakan kampung dari kekotoran
MACHAP JAYA 7 Ogos – Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan, JPKK Felda Hutan Percha bersama SWM Environment Sdn Bhd menganjurkan program Gotong-Royong Perpaduan Merdeka di Felda Hutan Percha, semalam.
Program yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Ngwe Hee Sem itu bertujuan memupuk semangat cintakan kampung dengan menjaga kebersihan.
Hee Sem berkata, program itu juga diadakan bagi menggalakkan masyarakat berbilang kaum bersatu hati dalam menjaga kebersihan yang menjadi asas kesihatan.
“Persekitaran yang bersih boleh mengindarkan daripada pelbagai penyakit.
“Ah Sem menggalakkan semua JPKK DI DUN Machap Jaya menjaga kebersihan kampung masing-masing.
“Tahniah kepada JPKK Felda Hutan Percha dan semua agensi yang terlibat dalam penganjuran program yang bermanfaat ini,” katanya pada satu hantaran di Facebook.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.