Sorting by

×

MENU RM10, TARIKAN BAHARU TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

AYER KEROH 6 September – Tawaran menu RM10 sempena penganjuran Melaka Bila Larut Malam yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai satu peluang untuk memperkenalkan hidangan baharu dan meningkatkan hasil jualan dalam kalangan pengusaha makanan di negeri ini.

Pengusaha restoran, Ahmad Zul Ariff Ismail, 37, berkata, inisiatif diumumkan Ketua Menteri itu dianggap sebagai peluang keemasan yang perlu direbut oleh semua peniaga dan mampu menjadi tarikan baharu Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Whatsapp Image 2024 09 06 At 2.43.00 Pm (2)
KAMAL Hamidi.

“Bagi memperkenalkan menu baharu kami tidak perlu lagi bersusah payah membuat promosi kerana inisiatif ini berlangsung ketika penganjuran Melaka Bila Larut malam yang sudah diketahui umum. Saya nampak peluang besar untuk peniaga makanan di Melaka menjana pendapatan lebih baik selepas ini.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana mewujudkan pelbagai inisiatif baharu sempena TMM2024. Dengan cadangan menu RM10 ini kita juga boleh memperkenalkan beberapa menu baharu, waktu operasi juga boleh dilanjutkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 09 06 At 2.42.59 Pm
AHMAD.

Seorang lagi pengusaha restoran Kamal Hamidi Ali, 32, berkata, tawaran menu RM10 itu akan membantu pengunjung kurang berkemampuan untuk menikmati hidangan istimewa pada harga amat berpatutan.

Sebagai peniaga, kemampuan kuasa beli pelanggan antara aspek diambil oleh Kamal, berikutan itu pada harga RM10 inisiatif dicetuskan Ketua Menteri bakal  menguntungkan semua peringkat pelanggan.

“Pelancong atau pengunjung gemar datang ke Melaka kerana banyak menawarkan makanan yang enak, pada saya menu RM10 ini akan menjadi tarikan baharu untuk orang ramai ke negeri ini.

“Mungkin selepas ini saya boleh buat set promosi seperti laksa dan air dengan harga RM10 serta lain-lain menu baharu,” katanya.

Sementara itu, pengusaha gerai nasi kukus Amal Binya, 38, berharap inisiatif itu akan memberi pulangan kepada para peniaga makanan di Melaka.

“Selepas ini mungkin saya boleh berniaga set nasi bersama air dengan harga RM10, memang bagus wujudkan inisiatif sebegini sebab kita boleh tarik lebih ramai pengunjung.

“Saya dan suami memang sepenuhnya peniaga, jadi bila Ketua Menteri mahu perkenalkan menu RM10 ini kami rasa ia sangat berpatutan khususnya pada Program Melaka Bila Larut Malam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

416
Kongsi :
Previous post PINDAH PENIAGA, BARU TAMBAK LAUT
Next post PERKHIDMATAN BECA TERATUR, TAMPIL IMEJ LEBIH KEMAS
Ubah saiz-+=