Sorting by

×

MENU RM10: PELUANG PENIAGA BUAT PROMOSI ‘KAW KAW’

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDA HILIR 8 September – Cadangan hidangan set menu RM10 sempena penganjuran Melaka Bila Larut Malam disifatkan sebagai idea unik cetusan ilham Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Set menu RM10 itu bukan sahaja dapat membantu para peniaga daripada sudut menarik pengunjung bahkan mempromosikan kepelbagaian sektor pelancongan di negeri ini.

Img 20240908 120034 225
SYED Nazri Syed Jaharudin, 35 menyambut baik cadangan set menu RM10

Bagi pengurus restoran, Syed Nazri Syed Jaharudin, 35 berkata, peniaga seharusnya terbuka menerima cadangan tersebut sebagai ‘jambatan’ untuk mempromosikan lagi menu hidangan di premis mereka.

“Ini peluang sebenarnya kepada pengusaha makanan yang sebelum ini mungkin kurang dikenali untuk cuba buat promosi baharu dengan harga RM10.

“Cuma kita perlu lebih kreatif supaya harga itu munasabah untuk peniaga namun dalam soal ini pelanggan juga kena rasional dan tidak ‘demand’ lebih,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240908 120033 847
FAHMY Md Ali.

Bagi pengurus premis makanan popular di Banda Hilir, Fahmy Md Ali, 42, pula berkata, hidangan menu RM10 itu mampu memberikan impak yang baik atau sebaliknya bergantung kepada olahan peniaga.

“Untuk kami yang sudah berniaga di sini lebih 15 tahun, kita tidak ada masalah dengan hasrat Ketua Menteri ini malah gembira untuk turut sama membantu menarik lagi pelancong.

“Sebelum ini pun kita bagi harga yang terbaik sesuai dengan kawasan pelancongan tapi untuk menu RM10 ini kita kena kaji balik sebab ia boleh merugikan kalau tak kena cara.

“Yang penting walaupun harga murah, kita masih perlu jaga kualiti rasa dan kepuasan pelanggan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

130
Kongsi :
Previous post KANAK-KANAK HILANG JUMAAT LEPAS DITEMUKAN SELAMAT
Next post ZON BEBAS KENDERAAN TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN MBOR
Ubah saiz-+=