Sorting by

×

MENU RM10 INISIATIF BAGUS – KPDN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 September – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyokong inisiatif Kerajaan Negeri memperkenalkan Menu RM10 sempena Melaka Bila Larut Malam pada Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, inisiatif itu wajar dipuji kerana ia secara tidak langsung membantu memperluaskan lagi rangkaian menu murah dan berkualiti untuk pengguna.

Menurutnya lagi, KPDN Melaka juga bersedia membantu mempromosikan pengusaha-pengusaha makanan yang menyertai inisiatif berkenaan.

6305569464854364507

NORENA Jaafar. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Setakat ini, seramai 30 pengusaha makanan di Kilang Makan telah menyertai inisiatif Menu RM10 ini dan kalau boleh kita mahu kembangkan lagi ke semua tempat-tempat pelancongan menyertai Melaka Bila Larut Malam.

“Saya berharap peniaga-peniaga untuk bersatu padu dalam menyediakan Menu RM10 ini kerana ia secara tidak langsung dapat membantu pengguna, khususnya pelancong untuk merancang perbelanjaan mereka.

“Kita sedia mempromosikan peniaga yang menawarkan harga murah ini kerana ia secara tidak langsung dapat mendidik orang ramai menjadi pengguna yang bijak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Set Kombo Menu RM10 Bagi Program Melaka Bila Larut Malam Dan Pelancaran Kilang Makan Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Jalan Tun Ali, semalam.

Menurut Norena, setakat ini, terdapat 50 pengusaha makanan di Melaka menyertai inisiatif Menu Rahmah diperkenalkan KPDN.

Justeru, ujarnya, inisiatif terbaharu Menu RM10 yang diilhamkan Ketua Menteri itu wajar disokong semua peniaga memandangkan ia berupaya membantu dalam merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

178
Kongsi :
Previous post DUA BERANAK SAHUT CABARAN ‘MOUNT OPHIR’
Next post BERI BELIA PELUANG KONGSI ASPIRASI
Ubah saiz-+=