Sorting by

×

Menteri Pengangkutan ucap takziah

Masa Membaca:54 Saat

ALOR GAJAH 22 Julai – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengucapkan takziah buat keluarga mangsa maut kemalangan di Jalan Panchor, Melaka Pindah di sini pagi tadi.

Ka Siong menerusi catatan di Facebook miliknya turut mendoakan kesembuhan buat bapa kepada mangsa maut yang turut mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

“Menerima berita sedih mengenai kemalangan jalan raya yang meragut nyawa adik Nur Aqilah Husna pagi tadi di Alor Gajah, ketika beliau dalam perjalanan ke sekolah pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan.

“Takziah diucapkan kepada ahli keluarga adik Nur Aqilah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Didoakan juga kesembuhan segera kepada bapa Nur Aqilah yang turut mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut,” katanya.

Jelasnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu/merbahaya.

Beliau turut menasihati para pemandu agar memandang serius soal keselamatan jalan raya termasuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain bagi memastikan kejadian seperti ini tidak lagi berulang.

“Pastinya pindaan Akta 333 kelak akan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah-pesalah jalan raya termasuk mereka yang didapati bersalah memandu secara melulu/merbahaya,” tambahnya.

Views:

783
Kongsi :
Previous post Melaka luluskan pembentangan Kertas Putih pelaksanaan DNA MyKad
Next post Rumah Peduli dijenamakan sebagai Rumah Prihatin
Ubah saiz-+=