
Menteri pendidikan gesa calon SPM 2020 kekal fokus dan tenang
KUALA LUMPUR 3 Mac. – Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini menggesa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 supaya kekal fokus dan tenang dalam menghadapi peperiksaan penting itu yang bermula pada 22 Februari lalu.
Radzi, di dalam hantaran di laman Facebook rasminya berkata, calon menduduki peperiksaan mata pelajaran teras terakhir hari ini – kertas Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebelum menghadapi mata pelajaran pilihan.

Ada calon yang mengakhiri SPM mereka minggu hadapan bergantung kepada jumlah keseluruhan mata pelajaran yang diambil, katanya.
Radzi berkata beliau menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat semasa lawatannya ke beberapa pusat peperiksaan.

Terdahulu hari ini menteri pendidikan itu melawat SMK Pusat Bandar Puchong (1).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.