MENTERI KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ASEAN BERKAMPUNG DI MELAKA OKTOBER DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 6 September – Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan dan Kesenian ASEAN (AMCA) yang dijadual diadakan di negeri ini pada Oktober depan bakal menghimpunkan barisan menteri dari sembilan negara di rantau ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, mesyuarat AMCA memasuki edisi ke-11 itu merupakan antara kombinasi acara utama yang dijadual berlangsung selama seminggu menerusi penganjuran International Culture & Arts Festival (ICAF) @Sungai Melaka 2024.

Katanya, program itu dijadual akan berlangsung bermula 21 hingga 27 Oktober ini dan bakal diadakan di Dataran Pengkalan Rama.

“International Cultural & Arts Festival @ Sungai Melaka 2024 merupakan salah satu acara utama yang akan diadakan pada 21 hingga 27 Oktober 2024 di Pengkalan Rama, Melaka.

“Keunikan program ini adalah merupakan kombinasi beberapa acara utama yang diadakan di negeri ini secara serentak seperti Mesyuarat AMCA ke-11, Festival Seni Selat Melaka 2024, Festival Sungai Melaka 2024 dan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa 2024,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Abdul Razak memaklumkan, negeri ini turut menjadi lokasi penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa iaitu ASEAN Cup International Regatta 2024 juga pada 21 hingga 27 Oktober depan.

“Acara sukan perahu layar ini dijadual akan diadakan di Encore Klebang dimana ia merupakan sebuah program bertaraf antarabangsa dengan penglibatan pelayar dari pelbagai negara seperti Jepun, Korea Hong Kong dan China.

“Kesemua peserta akan mempamerkan keunikan dan kecanggihan setiap kapal layar yang dibawa sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

166
Kongsi :
Previous post BANK NEGARA MALAYSIA KEKALKAN OPR PADA TIGA PERATUS
Next post PARIS 2024: ANGKATAN BONNIE HARAPAN EMAS KEDUA MALAYSIA
Ubah saiz-+=