Menteri kabinet diminta buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari
PUTRAJAYA 27 Julai – Barisan kabinet menteri yang dilantik di setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama mereka.
Itu amanat yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam majlis pengumuman barisan kabinet yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Beliau berkata, setiap kabinet perlu menggalas tanggungjawab dengan komited dan proaktif dan memberi keyakinan baharu untuk membolehkan negara kembali bangkit dan membebaskan Keluarga Malaysia dari pandemik COVID-19.
Katanya lagi, setiap kementerian juga perlu membuat perancangan jangka panjang dan pendek untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Kabinet yang dipilih adalah dari kombinasi mereka yang berpengalaman dan diyakini mampu membantu negara memulih ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur.
“Kabinet ini perlu berlandaskan tiga prinsip iaitu peka keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan keyakinan rakyat.
“Barisan ini perlu mengambil pendekatan baharu bersifat lebih terbuka melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien,” katanya.
-Berita lanjut menyusul-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LADANG NANAS PREMIUM KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Berkonsep mendidik pengunjung mengenai pertanian nanas, Ladang Nanas Fionanas, Nusa Dusun di sini, antara lokasi...
ANAK ASAHAN ‘MASUK JAWI’ DAPAT SIJIL
ASAHAN 19 Januari - Seramai 108 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diberikan sijil penyertaan masuk jawi pada Program Khatan...
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....