Menteri hargai jasa ‘wira’ negara
SERDANG 27 Jan. – Petugas barisan hadapan serta pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, telah disantuni oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menerusi satu sidang video hari ini.
Dalam sidang video berkenaan, Mohd Redzuan turut mendengar taklimat daripada Pengarah PKRC, Dr Shahbudin Ibrahim berkaitan operasi pusat kuarantin terbabit, di samping bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan terkini pesakit.
Beliau turut menyatakan rasa syukur dan terima kasih di atas perkhidmatan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan buat pesakit serta petugas kesihatan yang menjalankan tugas di pusat tersebut.
“Saya berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan atas usaha yang dijalankan mereka sejak mula-mula wabak ini menular di negara kita.
“Saya turut menghargai peranan agensi di bawah portfolio saya iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) yang menguruskan pusat kuarantin ini, selama ini,” katanya.
Sebelum beliau menamatkan sesi sidang video itu, beliau mendoakan kesejahteraan serta dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT kepada semua yang terlibat, agar dapat kembali menjalankan tugas seperti sedia kala.
Views:
Related
Berita Lain
LURUAN MONSUN: HUJAN LEBAT, BERTERUSAN DI TIMUR, SELATAN SEMENANJUNG MULAI KHAMIS
KUALA LUMPUR 6 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur...
WANITA MAUT, LAPAN LAGI CEDERA DALAM NAHAS BABITKAN LORI DAN MPV
KLUANG 6 Januari - Seorang wanita maut manakala lapan individu cedera setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai...
LELAKI MENGAMUK GUNA SENJATA, LIMA INDIVIDU CEDERA
SANDAKAN 3 Jan - Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dengan bersenjatakan parang dan tukul sehingga mencederakan dua lelaki serta...
LELAKI MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK SAMBUNGAN HARAM
KOTA KINABALU 3 Januari - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram di Lorong Kuala...
PELAJAR TINGKATAN SATU MAUT DALAM KEMALANGAN MOTOSIKAL
JERTIH 3 Januari - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di...
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...