
Menteri Agama sumbang RM5,000 baiki Masjid Al-Hilal Pantai Rombang
PANTAI KUNDOR 10 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad telah menyumbangkan RM5,000 bagi membaik pulih Masjid Al-Hilal, Pantai Rombang, di sini.
Sumbangan itu disampaikan ketika beliau menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersempena dengan lawatan kerja ke Melaka, sebentar tadi.
“Singgah solat Jumaat di Masjid Al-Hilal, Pantai Rombang, Tanjung Kling, Melaka. Saya dimaklumkan bahagian luar masjid ini dalam proses baik pulih kerana ditimpa pokok baru-baru ini.
“Saya menyumbangkan RM5,000 bagi proses baikpulih tersebut. Semoga ia dapat meringankan sedikit beban pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hilal dan mempercepatkan proses baik pulih bahagian yang rosak,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...