MENTAL SIHAT FIZIKAL MANTAP

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

TANJUNG BIDARA 13 Oktober – Bersukan bukan sahaja penting untuk menjaga Kesihatan sebaliknya aktiviti itu juga mampu melahirkan individu yang mempunyai kesihatan mental yang baik, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama  Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, setiap tahun, tanggal 10 Oktober merupakan tarikh penting dalam kalendar acara Kementerian Kesihatan untuk meraikan Sambutan Hari Mental Sedunia sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mengutamakan kesihatan mental.

Menurut belia di Malaysia, menurut tinjauan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia 5 hingga 15 tahun semakin
membimbangkan.

Katanya, berlaku peningkatan dua kali ganda iaitu 922,318 orang pada 2023 berbanding 424,000 orang
pada tahun 2019.

“Saya difahamkan, satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti punca peningkatan kesihatan mental ini dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Kajian merekodkan 46 peratus adalah berpunca masalah rakan sebaya, 25 peratus masalah tingkah laku, 17 peratus masalah emosi dan 8 peratus masalah hiperaktif.

“Berikutan itu sambutan Hari Mental Sedunia ini wajar diperkasa dengan penganjuran pelbagai program yang mampu memberi impak positif bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pentingnya
mengutamakan kesihatan mental,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Alor Gajah Tahun 2024 di Japerun Tanjung Bidara hari ini.

Terdahulu Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara melepaskan peserta program Funwalk & Funride Summer @Tanjung Bidara yang berlangsung sempena sambutan itu.

Hadir sama  pada sambutan itu Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem serta Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh.

Yang turut hadir Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abd Azis, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah serta Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

90
Kongsi :
Previous post 2,000 ‘SERBU’ JAPERUN TANJUNG BIDARA
Next post USAHAWAN DIGITAL MELAKA JANA RM38.33 JUTA
Ubah saiz-+=