Sorting by

×

MENIKMATI KEINDAHAN GUNUNG LEDANG MENERUSI MOUNT OPHIR TRAIL RUN 2024

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

ASAHAN 22 September – Meskipun cuaca baik, namun laluan yang basah dan keadaannya yang agak licin menjadikan denai sebenarnya kurang mencabar menjadi berliku dan ektrim.

Itu yang dizahirkan juara larian denai Mount Ophir Trail Run 2024 bagi kategori wanita 50 kilometer (km), Louise Zapata, 28.

Wanita berasal dari Perancis itu berkata, sudah beberapa kali menyertai acara larian lasak, namun ini penyertaan pertama dia dan suami Jimmy Bayle, 31, untuk menawan Gunung Ledang.

“Saya dan suami memang sukakan cabaran, jadi jika ada larian lasak seumpama ini, kami akan mencabar diri.

“Pada saya, larian lasak ini lebih kepada menghargai alam sekitar, memasuki pertandingan larian ini pada awalnya niat saya lebih kepada menikmati flora fauna yang terdapat di Gunung Ledang.

“Suami juga berlari bersama untuk 50 km, namun dia tidak mengejar untuk menang, lebih kepada santai dan banyakkan mengambil gambar keindahan alam semulajadi di sebalik gunung yang cantik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Jimmy turut memaklumkan dia dan isteri berasa gembira dapat menyertai pertandingan larian lasak itu kerana mendapat ramai rakan baharu dari beberapa negeri di Malaysia.

“Ini kali keenam kami berdua menjejak kaki ke Melaka dan pertandingan ini lebih kepada untuk menguji ketahanan mental serta fizikal kerana setiap lokasi check-point mempunyai laluan atau bentuk muka bumi berbeza.

“Dimaklumkan juga acara ini adalah acara tahunan, jika berkesempatan kami berdua akan memasuki kategori lebih mencabar tahun hadapan,” jelasnya yang bekerja dalam bidang teknologi di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

172
Kongsi :
Previous post PENGANGGUR WANITA DIDENDA RM2,000 BUANG BAYI BELAKANG RUMAH
Next post NANTIKAN ANEKA MENU CUMA RM10 – KM
Ubah saiz-+=