
Mengaku miliki 60 peluru, penganggur didenda RM2,500
MACHAP JAYA 12 Jan. – Seorang penganggur didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, semalam selepas mengaku bersalah dan disabitkan atas pertuduhan memiliki lebih 60 butir akhir Disember lalu.
Dalam penghakimannya, Majistret Nurhasmanita Abdul Manap menetapkan tertuduh, Nur Ali Dollah,39, dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Nur Ali didakwa memiliki 57 butir peluru jenis Caliber .38spl berwarna perak, lapan butir peluru Caliber .38spl berwarna perang, dan dua butir peluru hidup jenis Caliber .5.56mm.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 pagi di sebuah rumah di Batu 18, Kampung Gadek, dekat sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan bagi peringanan hukuman memberitahu peluru itu diperoleh daripada kenalannya seorang pesara tentera.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SR. Arthana.
Views:
Related


Berita Lain
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
BENTUK MAHASISWA HARUMKAN NAMA MASJID TANAH
LENDU 16 Mac - Lebih 200 penuntut universiti diraikan pada program Meet & Iftar Mahasiswa Masjid Tanah berlangsung di sebuah...
AHLI KRT BERGOTONG-ROYONG SIAPKAN BUBUR LAMBUK
DUYONG 16 Mac - Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari 10 KRT bergotong-royong menyiapkan 15 kawah bubur lambuk bersempena Program...