Sorting by

×

MENARA TAMING SARI LEBIH ‘MENDUNIA’ 2025

Masa Membaca:59 Saat

BANDA HILIR 5 Januari – Produk pelancongan, Menara Taming Sari terus mendapat sambutan hangat pengunjung pada program Melaka Bila Larut Malam edisi Januari 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nur Azan Hassan berkata, kejayaan itu bertitik tolak daripada kegemilangan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 yang berjaya mengekalkan momentum pelancongan sehingga kini.

Terharu menerajui produk berkenaan, Nur Azan komited untuk menambah pelbagai lagi keterujaan kepada pengunjung Menara Taming Sari pada tahun ini.

“Untuk Melaka Larut Malam edisi Januari 2025, saya lihat sambutan agak memberangsangkan kerana orang ramai sanggup menunggu daripada jam 9 malam tadi sebelum kita buka kaunter tiket.

“Saya pun gembira apabila Ketua Menteri mengumumkan Tahun Melawat Melaka dilanjutkan sehingga 2026. Ini adalah buah tangan paling bermakna buat industri pelancongan.

“Yang penting tahun 2025, saya jamin Menara Taming Sari akan lebih meriah, lebih banyak kejutan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20250105 Wa0020
NUR AZAN

Nur Azan Hassan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad yang baharu menggantikan Nasrul Ahmad berkuat kuasa 2 Januari lalu.

Nasrul bakal menggalas tugas sebagai Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

514
Kongsi :
Previous post 1,142 NIKMATI ‘CRUISE LARUT MALAM’ RM10
Next post LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
Ubah saiz-+=