Menara Taming Sari lebih ‘bercahaya’

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 1 Ogos – Beberapa penambaikan terutama dalam aspek pencahayaan dilakukan Menara Taming Sari Berhad (MTSB) bagi memberi lebih keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung terutamanya pada program Melaka Bila Larut Malam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasrul Ahmad berkata, bermula daripada edisi pertama penganjuran Bila Larut Malam pihaknya sentiasa melakukan penambaikan dari semasa ke semasa kepada produk ikonik pelancongan negeri Melaka itu.

“Sudah pasti dari pihak MTSB inginkan setiap pengunjung yang menggunakan perkhidmatan kita atau berkunjung ke sini merasai pengalaman menarik dan indah bersama keluarga.

“Untuk itu beberapa penambahbaikan sudah kita lakukan sepanjang program Bila Larut Malam termasuklah pencahayaan yang mana kini kawasan perkarangan Menara Taming Sari terutamanya di bahagian belakang sudah terang apabila terdapat penambahan lampu.

“Malah aspek teknikal lain juga kita beri tumpuan selain sentiasa berada dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku apa-apa perkara,” katanya.

Menurut Nasrul, pada Melaka Bila Larut Malam edisi ketiga, 3 Ogos ini, pihaknya juga akan menambah bilangan kakitangan bertugas, selain melakukan penjadualan memastikan kelancaran program.

“Kita mahukan pengunjung ini mempunyai pengalaman indah justeru itu mereka tidak akan serik malah akan berkongsi dengan kenalan secara tidak langsung membantu mempromosikan Menara Taming Sari serta program Melaka Bila Larut Malam ini.

“Untuk edisi ketiga ini, kita jangkakan kira-kira 1,000 pengunjung akan hadir dan sudah pastinya satu tiket percuma tersedia dengan setiap pembelian empat tiket,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

464
Kongsi :
Previous post Anak jati Tanjung Bidara intai pingat di SUKMA
Next post Kopi ‘Liberica’ subur di bumi Merlimau
Ubah saiz-+=