Sorting by

×

MENARA TAMING SARI KONGSI REZEKI SEMPENA KEMASUKAN PERCUMA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDAR HILIR 20 Februari – Menara Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) bekerjasama dengan Laman Lokal bagi mengagihkan 1,000 bungkusan makanan percuma sempena kemasukan percuma Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu ,hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Nur Azan Hassan berkata pemberian makanan percuma itu sebagai penghargaan kepada pengunjung yang menunggu untuk menaiki Menara Taming Sari.

“Alhamdulillah MTSB dengan kerjasama Laman Lokal menyediakan makanan percuma sebaik sahaja pengunjung selesai menaiki Menara Taming Sari dan makanan itu ditebus melalui kiosk Laman Lokal yang terletak berhampiran menara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini di Menara Taming Sari di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut menyantuni pengunjung Menara Taming Sari bagi melihat sendiri perkembangan kemasukan percuma sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Bukan sekadar pemberian makanan percuma, malah menurutnya, MTSB juga bekerjasam dengan Adventure Studio untuk pengalaman menonton filem animasi 5D.

“Adventure Studio ini selama ini telah membuat pakej kombo dengan kita dan hari ini mereka turut memberikan kemasukan percuma yang mana pengunjung berpeluang untuk menonton filem animasi 5D,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

152
Kongsi :
Previous post HAMPIR 5,000 PENGUNJUNG NIKMATI PANORAMA MELAKA SECARA PERCUMA – MTSB
Next post KALENDAR KHAS PAPAR TARIKH PENTING