Sorting by

×

MENARA TAMING SARI BERI PENGALAMAN INDAH BUAT WARGA EMAS, OKU

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

BANDA HILIR 21 Februari – Meskipun dalam keadaan berkerusi roda kerana tidak mampu berdiri lama namun ia tidak menghalang seorang wanita warga emas melepaskan peluang menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan.

Siti Esah Abu, 64 yang hadir ke lokasi pelancongan itu ditemani 14 ahli keluarga termasuk enam anaknya berkata, dia bersyukur kerana dalam keadaan dia berkerusi roda, dia tidak perlu beratur dan menunggu lama untuk menaiki menara itu malah dibantu oleh kakitangan bertugas.

Katanya, meskipun berat mahu meninggalkan rumah dengan keadaannya itu namun demi kegembiraan anak dan cucu, dia mengikut sahaja.

ā€œPagi tadi makcik sekeluarga sudah ke Zoo Melaka, kemudian naik bot (Melaka River Cruise), lepas itu merasalah juga naik Menara Taming Sari.

ā€œAgak berdebar juga tetapi apabila sudah berada di atas, rasa gayat namun pada masa yang sama seronok!

ā€œInsya-Allah makcik mahu ā€˜repeatā€™ lagi, kalau percuma lagi nak naik lagi seperti ini jika umur masih panjang, anak-anak boleh bawa,ā€ katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di perkarangan Menara Taming Sari, semalam.

Lebih istimewa, warga emas itu berasa cukup bertuah kerana kehadirannya ke menara itu disantuni Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

ā€œTerkejut juga apabila beliau berdamping di sebelah sebab sebelum ini tengok dari jauh. Terima kasih buka peluang (tawar kemasukan percuma) untuk rakyat seperti kami,ā€ katanya.

Whatsapp Image 2025 02 20 At 22.20.03
CHUA Zhi Yong bersama datuk dan neneknya serta adiknya ketika ditemui di Menara Taming Sari.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Chua Zhi Yong, 20 mengambil peluang dengan kemasukan percuma hari ini dengan membawa datuk, nenek dan adiknya ke lokasi pelancongan itu.

ā€œKebetulan saya ada terlihat poster mengenai tawaran kemasukan percuma itu, jadi saya pulang ke kampung di Tangkak, Johor dan membawa datuk dan nenek kerana mereka berdua tidak pernah naik Menara Taming Sari.

ā€œSaya memang suka berkunjung ke Melaka kerana kepelbagaian tempat bersejarah jadi peluang masuk percuma ini mungkin sekali seumur hidup dimanfaatkan untuk bahagiakan datuk dan nenek saya,ā€ katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

143
Kongsi :
Previous post BOT MELAKA RIVER CRUISE PILIHAN UTAMA PENGUNJUNG TEMPATAN
Next post PAMERAN UNIK GAYA MINIATUR TARIK MINAT PENGUNJUNG