Membudayakan amalan pemakanan sihat

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

TELOK MAS 3 Julai – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, komited dalam membudayakan amalan pemakanan berkhasiat bagi melahirkan generasi yang sihat, sekali gus meningkatkan rekod kehadiran ke sekolah.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Bakat, JPN Melaka, Jamsari Mariman berkata, piramid pemakanan yang sihat merupakan elemen utama dalam membantu tumbesaran dan kesihatan murid.

“Kempen pemakanan sihat dijalankan bertujuan menggalakkan murid memilih makanan sihat sahaja. Kita berhadapan dengan situasi murid-murid tidak sihat dan ini secara tidak langsung menyebabkan peratusan kehadiran ke sekolah merosot.

“Pola pemakanan tidak sihat antara faktor menyumpang kepada kemerosotan jumlah kehadiran ke sekolah. Jadi bermula dari sekolah kita kena mendidik mereka supaya memilih makanan yang sihat dan sesuai sahaja.

“Apabila keluar dari sekolah misalnya mereka dapat bezakan antara makanan sihat dan tidak sihat. Kita yakin amalan pemakanan yang seimbang akan memberi impak dan kesan mendalam terhadap penyuburan kesihatan serta pemikiran murid,” katanya.

Photo1719986395 (2)
JAMSARI.

Jamsari berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kempen Amalan Pemakanan Sihat Peringkat Negeri Melaka 2024, yang turut dihadiri Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Temu Nor Hamizah Daud, di SK Padang Temu, hari ini.

Menurutnya, bagi memastikan pemakanan sihat dan berkhasiat menjadi amalan dalam kalangan pelajar, JKN megambil inisiatif mengadakan pelbagai program peringkat sekolah dan jabatan.

“Kesungguhan guru, murid dan warga sekolah pelbagai program serta aktiviti kempen amalan pemakanan sihat boleh terus dilaksanakan sepanjang tahun. Contoh kempen minum air kosong, kempen makan buah-buahan serta sayur-sayuran.

“Malah Program Hidangan Berkhasiat Di Sekolah atau HiTs telah dijalankan di 11 buah sekolah rendah dengan Kerjasama Unit Pemakanan JKN. Justeru itu kempen amalan pemakanan sihat ini perlu sentiasa disokong dan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

64
Kongsi :
Previous post Melaka tamat tender kantin sekolah jual makanan tidak sihat
Next post Paramedik Komuniti hidupkan klinik desa
Ubah saiz-+=