
Membina persamaan untuk hala tuju Melaka
AYER KEROH 21 Julai – “Kita mungkin boleh berbeza pandangan, tetapi tidak mustahil kita juga mampu mencari persamaan,” tegas Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata demikian dalam ucapan usul terima kasih ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam sempena Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri DUN Melaka Ke-14.
Tegasnya, titik perbezaan atau persengketaan sesama sendiri juga perlu dikurangkan.
“Sebaliknya kita sama-sama berikhtiar bagi mencari jalan untuk membina titik persamaan demi hala tuju Melaka yang maju jaya, negeri tercinta ini,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, hal itu menyentuh nasihat Tuan Yang Terutama
tentang kepentingan saling bekerjasama.
“Semestinya, kepercayaan yang diberikan oleh Tun, atas pelantikan saya sebagai
Ketua Menteri Melaka yang ke-12, bersama Ahli-ahli Yang Berhormat Perikatan Nasional, membuatkan kami semua berikrar, untuk terus bekerja gigih, demi
kemakmuran negeri ini.
” Saya faham, meskipun kami belum sempurna namun perkhidmatan terbaik untuk rakyat Negeri Melaka, tetap kami utama dan sempurnakan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
49 MUALAF MELAKA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 19 Mac - Seramai 49 mualaf si bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjaya khatam al-Quran dalam bulan...
MELAKA PANTAU INFRASTRUKTUR AWAM SEPANJANG AIDILFITRI
LENDU 19 Mac - Kerajaan Negeri akan memastikan setiap infrastruktur awam dipantau serta diselenggara sepanjang perayaan Aidilfitri nanti. Timbalan Exco...
PEMBAYAR ZAKAT FITRAH RM15, RM22 MENINGKAT
PENGKALAN BATU 19 Mac - Jumlah pembayar zakat fitrah bagi pengguna beras Super Import dan basmati di negeri ini menunjukkan...
MELAKA TERUSKAN TRADISI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DI 28 DUN
AYER KEROH 19 Mac - Penganjuran rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap diteruskan...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PRODUK PELANCONGAN BAHARU
AYER KEROH 18 Mac - Beberapa produk pelancongan baharu bakal memeriahkan sektor pelancongan negeri Melaka bersempena negeri ini bagi menggamit...
LEBIH 2,000 PENJAWAT AWAM MELAKA DIRAI PADA MAJLIS IHYA RAMADAN
AYER KEROH 18 Mac - Lebih 2,000 penjawat awam di negeri ini diraikan dalam Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam...