Sorting by

×

MELAKA-YOGYAKARTA JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN, KEAGAMAAN

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 9 November – Jalinan kerjasama dalam pembangunan pendidikan dan keagamaan menjadi antara misi Kerajaan Melaka dalam lawatan kerja ke Yogyakarta, Indonesia pada 27 Oktober hingga 1 November lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mengenali dan mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan.

Katanya, kaedah pembelajaran terbabit merangkumi pencapaian dan aktiviti sekolah terutamanya sekolah-sekolah yang terletak di kawasan desa dan pedalaman.

“Delegasi Melaka turut dibawa ke sesi perkongsian dari Universitas Gadjah Mada sebagai salah satu universiti terhebat di Indonesia yang melahirkan ramai graduan terunggul, antaranya adalah bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

“Selain itu, antara objektif lain yang mahu dicapai adalah untuk melihat dengan lebih dekat pengoperasian agensi-agensi hal ehwal Islam terutama berkaitan perundangan syariah, pengurusan halal dan sebagainya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam lawatan kerja terbabit Rahmad bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka turut mengadakan kunjung hormat ke Kantor Wakil Gabenur DIY Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Aryo (KGPAA) Paku Alam X dan disambut oleh Asisten Bidang Perekonomian dan Pembangunan Setda DIY, Tri Saktiyana mewakili Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta Indonesia.

Turut bersama dalam lawatan itu adalah Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Prof Datuk Dr. Mohd Taib Dora; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Zuhri Iskandar A Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengetua Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fazil dan Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Mohd Nasir Wahab.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

195
Kongsi :
Previous post BANK PEMBANGUNAN KONGSI KEMERIAHAN DEEPAVALI
Next post ORANG KAMPUNG ASAHAN KONGSI ILMU, GAYA HIDUP
Ubah saiz-+=