Sorting by

×

MELAKA USUL LALUAN 4 LORONG DI HUTAN SIMPAN SUNGAI UDANG

Masa Membaca:55 Saat

AYER LIMAU 11 Oktober – Cadangan membina laluan empat lorong di Jalan Hutan Simpan Sungai Udang ke Masjid Tanah sedang diusulkan Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu kesesakan yang sering berlaku terutama ketika waktu puncak dan musim perayaan.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, usul tersebut sedang diangkat ke Kementerian Kerja Raya (KKR) supaya laluan empat lorong itu dapat dibina pada masa akan datang.

Justeru, beliau mewakili Kerajaan Negeri berharap supaya cadangan itu diluluskan Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku di beberapa ‘hotspot’ di negeri ini.

“Kepadatan penduduk dan pertambahan kenderaan merupakan antara faktor kesesakan yang berlaku, jadi kita perlu mencari alternatif supaya dapat memudahkan perjalanan orang ramai antara bandar ke bandar.

“Setakat ini usaha ini sedang dirangka dan telah usulkan pada peringkat permohonan kepada KKR di mana projek ini dijangka menelan kos sebanyak RM140 juta.

“Kita berharap usaha pembukaan empat lorong daripada laluan dua lorong sebelum ini mampu mengatasi kesesakan yang berlaku di sepanjang jalan utama itu nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

280
Kongsi :
Previous post SMIX 2024 ‘LUBUK’ PERKONGSIAN ILMU
Next post MPAG LANCAR DUA CIPTAAN INOVASI MUDAHKAN RAKYAT
Ubah saiz-+=