
Melaka United tewas lagi
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) mencatat kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Super selepas tunduk 0-3 di tangan Kedah Darul Aman FC.
Dalam aksi di Stadium Hang Jebat itu, skuad kendalian Mohd Asri Ninggal ketinggalan pada minit ke-13 menerusi jaringan Mahmoud Almardi.
Tanpa kelibat pemain import dan hanya dibarisi pemain tempatan itu, skuad Hang Tuah gagal mempamerkan aksi seperti biasa apabila kerap menerima asakan pasukan pelawat.
Pada minit ke-83 gawang Melaka dibolosi lagi hasil jaringan Fayadh Zulkifli dan seminit sebelum perlawanan tamat, Melaka terus dihukum dengan jaringan ketiga Kedah yang dijaringkan Mahmoud.

Kekalahan itu, meletakkan Melaka kini sekadar mengumpul 17 mata daripada 17 perlawanan.
Manakala Kedah naik ke tangga kelima Liga Super dengan mengutip 24 mata.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.