
Melaka United tewas di Likas
PELUANG Melaka United untuk melonjak kedudukan lima teratas Liga Super terbantut selepas tewas 3-2 dengan pasukan Sabah di Stadium Likas, sebentar tadi.
Melaka United terlebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan pemain import, Uche Agba pada minit ke-15.
Namun pasukan Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-25, hasil jaringan pemain import sensasinya Dennis Buschening.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Melaka United kembali di depan selepas Sony Norde menyumbat gol kedua pada minit ke-45.
Masuk separuh masa kedua, pasukan Sabah kerap melakukan asakan, dan hasilnya Dennis Buschening menyumbat gol kedua pasukan Sabah pada minit ke-64.
Rodoljub Paunovic menambah derita pasukan Melaka United selepas menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Sabah pada minit ke-71 hasil gol penalti.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...