
Melaka United FC tersungkur di Pulau Pinang
PASUKAN Melaka United FC gagal mengutip tiga mata penting dalam saingan Liga Super sebentar tadi selepas tewas 2-1 kepada Penang FC.
Walaupun Penang FC bermain dengan hanya 10 pemain apabila pemain tengahnya, Muhammad Khairu Azrin Khazali dilayangkan kad merah pada minit ke-66, Melaka United FC tidak memanfaatkan peluang tersebut.
Bermain di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, pasukan tuan rumah mencipta jaringan pertama menerusi sepakan penalti menerusi pemain pertahanan, Rafael Vitor pada minit ke-75 sekali gus mengecewakan Khairul Fahmi Che Mat di tengah kubu lawan.
Gol penyamaan buat Melaka United FC hadir di pengunjung perlawanan pada minit ke-90 apabila penyerang importnya, Giovane Gomes De Silva meledakkan gol kemas ke gawang tuan rumah.
Tidak mahu mengalah, Penang FC menerusi Sheriddin Boboev sekali lagi menyumbat mata kedua buat pasukan pada tambahan masa minit ke-93 sebelum wisel penamat dibunyikan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...