Melaka United FC akhiri saingan di tangga kelapan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) terpaksa akur dengan kekalahan 1-4 di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kekalahan dalam aksi terakhir Liga Super musim 2021 itu menyaksikan Melaka United sekadar menghabiskan saingan liga musim ini di tangga ke-8 dengan mengutip 21 mata daripada 22 perlawanan.

Dalam aksi itu, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan ketinggalan satu gol pada minit ke-24 hasil jaringan penyerang import KDA FC, Tchetche Kipre.

Kipre sekali lagi menerjah jaring menewaskan Norazlan Razali selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30 untuk memberikan kedudukan selesa buat tuan rumah.

ADRIANO (jersi putih) menjadi penjaring gol tunggal MUFC dalam aksi di Stadium Darul Aman yanhd berkesudahan MUFC tewas 1-4 di tangan KDA FC. – Foto Ihsan MUFC

Ketinggalan dua gol, skuad Hang Tuah cuba bangkit di separuh masa kedua menerusi beberapa asakan.

Mereka akhirnya berjaya merapatkan jurang pada minit ke-62 menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Adriano Narcizo.

Namun keterujaan itu tidak bertahan lama apabila KDA FC berjaya menambah jaringan dua minit selepas itu menerusi kapten pasukan, Badrol Bakhtiar.

Tuan rumah terus menambah duka MUFC apabila menjaringkan gol keempat menerusi Fayadh Zulkifli pada minit ke-69.

Keputusan 4-1 memihak KDA FC itu kekal sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.

Selepas ini, MUFC bakal beraksi dalam singan Piala Malaysia yang mana tarikh sebenarnya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

401
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri tidak pernah pinggir peniaga – Norhizam
Next post Prospek pemulihan ekonomi Malaysia semakin cerah – PM
Ubah saiz-+=