
Melaka United elak ‘ditendang’
PENGKALAN BATU 29 Okt. – Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) yakin Melaka United tidak akan ‘ditendang keluar’ dari saingan Liga Malaysia (Liga-M) tahun depan, susulan isu perlesenan kelab.
Presidennya, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, isu membabitkan perlesenan kelab itu dijangka selesai sebelum tempoh tamat dua hari yang diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Ada beberapa dokumen masih diperlukan oleh persatuan bagi melengkapkan perkara ini dan proses berkaitan masih dilakukan oleh MUSA ketika ini.
“InsyaAllah kita boleh selesaikan (masalah lesen) sebelum tarikh tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Ziarah Prihatin sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020Mdi Pusat Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), di sini hari ini.
Media tempatan melaporkan, dua pasukan iaitu Pahang dan Melaka United berdepan risiko disingkirkan dari senarai Liga-M musim depan apabila masih gagal menyerahkan dokumen berkaitan kepada Pengerusi First Instance Body (FIB) Perlesenan Kelab FAM.
Perkara itu termasuk dokumen berkaitan melibatkan agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Views:
Related


Berita Lain
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...