
Melaka United ‘beraya’ di Alor Setar
KELAB Bolasepak Melaka United meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Super selepas berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Skuad Hang Tuah bagaimanapun terpaksa bangkit sebanyak dua kali sebelum berjaya mencuri tiga mata berharga di tempat lawan.
Dalam aksi tersebut, Melaka United terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pertama tuan rumah pada minit ke-20 menerusi Ronald Ngah.
Bagaimanapun, Melaka hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk mengikat semula kedudukan hasil jaringan Ifedayo Olusegun.
Ia merupakan gol pertama dijaringkan pemain import itu bersama Melaka musim ini.
Pada minit ke-37, Melaka selaku pasukan pelawat sekali lagi ketinggalan apabila Syafiq Ahmad menjaringkan gol kedua untuk meletakkan Kedah di depan pada separuh masa pertama.
Bersambung di babak kedua, Melaka United kembali memperkemas permainan bagi mencari gol penyamaan.
Gol yang dicari-cari akhirnya muncul pada minit ke-78 hasil jaringan Emmanuel Oti.
Sedang kedua-dua pasukan dilihat bakal berkongsi mata, Ifedayo muncul wira Melaka apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan di masa kecederaan.
Kemenangan berharga itu sekali gus membantu Melaka naik ke tangga ke-8 Liga Super dengan mengutip tujuh mata daripada enam perlawanan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...