
Melaka umum SOP ibadat korban 28 Jun – KM
AYER KEROH 18 Jun – Prosedur operasi standard (SOP) ibadat korban sempena Aidiladha akan diumumkan selepas tamat Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) 3.0 pada 28 Jun ini.
Ketua Menteri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kerajaan negeri secara umumnya telah menetapkan garis panduan SOP namun perlu diselaraskan dengan peringkat Pusat.
“Kita tunggu 28 hari bulan (Jun), bila fasa PKP 3.0 ini habis, saya akan melihat bagaimana keputusan Majlis Keselamatan Negara di peringkat Pusat.
“Tapi kita (Melaka) dah ada (SOP), cuma ia mesti selaras dengan peringkat Pusat, tunggulah 28 (Jun),” katanya ringkas pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang disiarkan secara langsung dari Seri Negeri di sini hari ini.
Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL SEDIA BAJU PERCUMA
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meneruskan inisiatif menyediakan pakaian terpakai percuma di pusat derma...
ANGGOTA POLIS MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG DENGAN LORI
SEREMBAN 10 Mac - Seorang anggota polis lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di di KM...