
Melaka TV kini berwajah baharu
AYER KEROH 18 Jun – Saluran media elektronik di bawah Melaka Hari Ini Sdn Bhd, Melaka TV kini berwajah baharu.
Dengan bertemakan Fresh, Relevan dan Faktual, Melaka TV akan memastikan setiap informasi yang disampaikan dalam bentuk video dan digital adalah tepat, menarik dan menepati citarasa segenap lapisan masyarakat.
Menampilkan lebih lima program terbaharu antaranya Berita, MTV Live, MTV Highlight, MTV X dan Melaka Food Buzz, saluran ini menjanjikan kandungan berita yang penuh variasi dengan pendekatan terkini.
Terdahulu, pelancaran logo terbaharu Melaka TV telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MHI, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid pada Melaka Education Expo 2022 di Ayer Keroh.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MHI, Anuar Shaari, Ketua Kandungan MHI, Salman Hamat, Ketua Melaka TV, Sonny Ikmal, Pengarang Digital MHI Farah Suhaidah Othman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...