Sorting by

×

Melaka tunggu ‘lampu hijau’ KBS anjur kejohanan e-sukan peringkat negeri

Masa Membaca:58 Saat

KRUBONG 13 Ogos – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka kini hanya menunggu kebenaran dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menganjurkan kejohanan sukan elektronik peringkat negeri.

Pengarahnya Noorman Ramlan berkata, kertas kerja untuk program berkenaan telah dihantar di peringkat kementerian dan kini hanya menunggu kelulusan sebelum memulakan pelaksanaannya.

“Kita bercadang untuk buat pertandingan Mobile Legend dan PUBG melibatkan anak-anak muda negeri ini. Buat masa ini, program berkenaan perlu menunggu kelulusan daripada KBS sebelum kita dapat merealisasikannya.

“Ikut perancangan kita, pertandingan ini akan dijalankan sekitar Daerah Melaka Tengah,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hab e-sukan Melaka di Kota Syahbandar yang telah dirasmikan pada Julai tahun lalu, Noorman berkata, hab berkenaan masih aktif sebagai tempat pengumpulan anak muda menunjukkan bakat dalam permainan e-sukan.

Katanya lagi, hab yang dilengkapi peralatan komputer serba canggih dan teknologi dunia realiti maya (VR) itu turut menjadi lokasi latihan bagi atlet SUKMA 2020 negeri sebagai persiapan menghadapi kejohanan di Johor tahun depan.

“Saya difahamkan hab itu masih aktif dan ada pelbagai aktiviti berjalan di sana. Cuma disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini, aktiviti itu sedikit perlahan berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Views:

354
Kongsi :
Previous post Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Next post ‘Budak U’ ujian akhir MU
Ubah saiz-+=