Sorting by

×

MELAKA TUMPU BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

LENDU 29 Oktober – Sejak mengambil alih pentadbiran Negeri Melaka, bidang sains, teknologi dan inovasi antara perkara diberikan keutamaan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, Melaka telah mencapai pelbagai kejayaan penting dalam bidang sains, teknologi dan inovasi memberi impak positif kepada pembangunan negeri yang pada masa sama membawa limpahan kesejahteraan buat rakyat.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri berkata antara perkara sudah dicapai dan dilaksanakan Melaka setakat ini adalah memperkenalkan inisiatif Kampung Digital iaitu memodenkan komuniti desa di seluruh negeri.

Katanya, usaha ini menjadi projek perintis pertama di Malaysia bagi memodenkan komuniti di 618 kampung, malah Kerajaan Negeri kini sedang membuat permohonan ‘Intelectual Property’ (IP) bagi hak milik inisiatif itu.

“Kedua Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan inisiatif E-mel domain melaka.my untuk seluruh rakyat termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta sekolah menengah serta belia. Ketiga mewujudkan MyMelaka News melalui platform Telegram sebagai sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Keempat Pelancaran MCMC MICROSOFT AI TEACH iaitu program memberi pendedahan dan kemahiran kecerdasan buatan (AI) secara percuma kepada 500 peserta di Melaka dengan kerjasama pihak Maxis.

“Kelima adalah memperuntukkan RM100,000 untuk Program Rakyat Digital Negeri Melaka sebagai galakan kepada sekolah, pertubuhan dan institusi untuk memperbanyakkan program berkaitan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan digital dengan mensasarkan pelajar, belia serta wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang; Speaker Dewan Undangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

164
Kongsi :
Previous post TELUPID, LUNDU DAN KUCHING REKOD CUACA PANAS BERJAGA-JAGA
Next post PERTUNJUKAN UDARA DAN PENERJUNAN ANTARA KELAINAN KUAM 2024
Ubah saiz-+=