Sorting by

×

MELAKA TUBUH MAJLIS PERBANDARAN MAMPAN DAN PERUBAHAN IKLIM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 5 Disember – Kerajaan Melaka menubuhkan Majlis Perbandaran Mampan dan Perubahan Iklim Melaka (MPMPI) bagi memantapkan gerak kerja menuju negeri lestari.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, MPMPI akan bertindak sebagai badan utama untuk merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta strategi kemampanan negeri ini.

Jelas beliau penubuhan badan utama itu penting memandangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (CGH) di Melaka merekodkan sebanyak 9.8 juta tan Karbon Dioksida (CO2) menurut Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Kaca Negeri Melaka pada tahun 2019.

Daripada jumlah itu, ujarnya, peratusan terbesar pelepasan CGH adalah sektor tenaga daripada industri.

“Ia menunjukkan satu keperluan bagi sektor industri di Melaka mengadaptasi pendekatan mampan bagi menghadapi cabaran perubahan iklim dan pembangunan lestari.

“Misalnya, peralihan kepada penggunaan Tenaga Boleh diperbaharui (TBB) sebagai sumber utama tenaga bagi menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menetapkan matlamat 70 peratus penggunaan tenaga daripada sumber TBB menjelang tahun 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bursa Malaysia – Melaka ESG Summit 2024: Enhancing Value Creation For Melaka’s Public Listed Companies and Small Medium Enterprises di sebuah hotel, di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Ts. Mohd Hafizam Mustaffa dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

214
Kongsi :
Previous post SIDANG DUN MELAKA (BAJET 2025) PADA 27, 30 DAN 31 DISEMBER
Next post MELAKA SUMBANG RM30,000 KEPADA TABUNG KEBAJIKAN BOMBA NEGERI
Ubah saiz-+=