Sorting by

×

Melaka tubuh jawatankuasa tangani hakisan pantai

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

TEHEL 19 Okt. – Beberapa pantai di Kuala Linggi dikenal pasti sebagai zon merah ekoran hakisan pantai yang berlaku di kawasan itu kini berada ditahap membimbangkan dan merbahaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir, Datuk Seri Ir Idris Haron berkata, selain kawasan itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut mengenal pasti beberapa kawasan lain yang berada di tahap sederhana dan permulaan hakisan yang dizonkan mengikut zon merah, kuning dan hijau berdasarkan situasi hakisan yang berlaku di situ.

Beliau berkata, bagi menangani isu hakisan itu daripada terus merebak, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKNM) bersetuju membentuk Jawatankuasa Pemantauan Hakisan Negeri Melaka telah ditubuhkan pada dua minggu lalu bagi memantau dan mengkaji punca serta akibat daripada hakisan yang berlaku.

“Kerajaan negeri amat memandang serius insiden hakisan serta pergerakan tanah pantai disepanjang kira- kira 72 kilometer yang berlaku perairan Melaka dan saya percaya penubuhan jawatankuasa ini adalah penting dan kena pada masa serta tempatnya.

“Kawasan pantai di Telok Gong, Kampung Tengah serta Kota Supai sudah sampai di tahap parah dan Tanjung Bidara tidak lagi berada ditahap itu manakala di Pantai Kundor, Serkam, Umbai serta Sungai Rambai ada bahagian yang menampakkan akan sampai ke tahap parah,” katanya.

Menurut beliau, kawasan Pantai Siring pula perlu diawasi dengan baik jika tidak ia boleh menyebabka hakisan yang lebih parah walaupun kini berada ditahap terkawal.

Mengulas lanjut, Idris berkata, selain beliau sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Hakisan Negeri Melaka, ia turut dianggotai oleh Pengerusi Jawatankuasa, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Seri Abdul Ghafar Atan dan Pengerusi Jawatankuasa, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee serta wakil rakyat lain yang kawasan pantainya terjejas.

“Peranan kami adalah untuk berkongsi insiden dimanakan hakisan telah berlaku, akan berlaku dan bakal berlaku dan kita juga akan bersama- sama berkongsi apakah tindakan penyelesaian untuk hakisan pantai dan kesemua daerah di Melaka mempunyai pantai.

“Sebenarnya JPS telah ambil tindakan pembetulan di kawasan pantai yang terhakis kerana ia tidak boleh dibiarkan kerana apabila berlaku hakisan mesti dilaksanakan (pembetulan) sama ada memerlukan peruntukkan kecil, sederhana atau besar JPS akan tetap laksanakan untuk elak kawasan terbabit dari bertambah parah,” katanya.

Ujarnya lagi, banyak kawasan yang berlaku hakisan sudahpun dilakukkan penambakkan semula pasir laut, pemecah ombak, ‘gabion’ selain meletakkan batu besar disepanjang pantai dilakukan JPS,” katanya.

Views:

817
Kongsi :
Previous post Kembali selepas 10 tahun
Next post Pusat operasi tumpahan minyak Tanjung Tuan ditutup
Ubah saiz-+=