Sorting by

×

Melaka tuan rumah Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PANTAI KUNDOR 6 Mei – Negeri Melaka akan menjadi tuan rumah bagi Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang terjalin sejak 600 tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata Kerajaan Negeri bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memastikan sambutan itu dapat mengimbau sejarah kedua-dua buah negara.

“Jadi persinggahan Kapal Layar Fu Ning di Melaka ini telah menjadi simbolik hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Kapal ini dibina sejak tahun 2016 dan siap pada 2019, difahamkan bahawa pemilik kapal ini mempunyai inspirasi kepada sejarah Melaka dan China.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan kehadiran kapal bersejarah ini dan kita sedang merangka sambutan ulang tahun hubungan diplomatik antara Kerajaan China dan Malaysia nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kapal berkenaan di Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas, Tanjung Kling di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin serta lain-lain kenamaan.

Beliau berkata sambutan ulang tahun itu membuktikan hubungan perdagangan dan diplomatik sejak zaman pemerintahan kesultanan Melayu Melaka akan disegarkan kembali.

“Untuk sampai ke Melaka kapal ini mengambil masa lebih kurang 10 hari, jadi saya datang untuk memberikan penghormatan dan penghargaan kepada pemilik kapal ini kerana singgah di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

332
Kongsi :
Previous post Perpustakaan Kanak-Kanak, penyuluh ilmu anak Orang Asli
Next post Bukit Cina jadi taman peringatan Malaysia-China – KM
Ubah saiz-+=