Sorting by

×

MELAKA TUAN RUMAH SPEN 2024

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 19 November – Melaka akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Simposium Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia (SPEN) 2024 bermula esok hingga Jumaat (22 November)

Dianjurkan oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM), simposium itu bakal menyaksikan penyertaan seramai 44 peserta daripada sembilan negeri iaitu Selangor, Pahang, Kedah, Terengganu, Johor, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Pengarah Eksekutif LPM, Datuk TPr. Murad Husin berkata, simposium tersebut bakal menumpukan kepada tiga perkara utama membabitkan seminar perumahan, mesyuarat perumahan negeri dan cadangan penubuhan persatuan.

“Sebagai makluman, simposium ini adalah kelolaan dan anjuran LPM yang melibatkan penyertaan daripada agensi-agensi perumahan seluruh negara. Tiga perkara akan menjadi tumpuan iaitu seminar perumahan yang mana membincangkan tentang dasar perumahan negeri, strategi penjanaan hasil perumahan dan penguatkuasaan kutipan hasil.

“Sementara itu kedua ialah Mesyuarat Perumahan Negeri Bilangan 1/2024 bagi membincangkan isu-isu semasa dan hala tuju pentadbiran sektor perumahan negeri. Manakala ketiga pula adalah cadangan penubuhan Persatuan Pengurusan Pembangunan Perumahan Se-Malaysia sebagai satu usaha menyelaras serta memperkukuh pembangunan sektor ini di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media SPEN 2024 di Pejabat Urusan LPM di MITC, di sini, hari ini.

Jelasnya, penganjuran SPEN 2024 adalah penting bagi memberi ruang kepada setiap agensi perumahan semua negeri berkongsi dasar memanfaatkan Malaysia khusus dala maspek pemilikan kediaman yang selesa dan berkualiti.

“Saya percaya, SPEN 2024 ini akan memberi impak besar dalam usaha kita untuk memperkasakan sektor perumahan negara. Dengan kerjasama erat antara negeri-negeri, kita dapat menjana dasar lebih mampan, menyelaras strategi pembangunan dan memastikan setiap rakyat menikmati hak bagi membeli, mendapatkan tempat tinggal yang selesa serta berkualiti,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

87
Kongsi :
Previous post SERANGAN JANTUNG, SEBELUM LEMAS
Next post PENGANGGUR DICEKUP, DISYAKI PECAH MASUK RUMAH GURU
Ubah saiz-+=