Melaka tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 2 Februari – Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri Datuk Rais Yasin berkata, sambutan itu akan diadakan selama tiga hari pada 14, 15 dan 16 Mei depan.

Katanya, majlis sambutan itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya berbangga Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) memilih Melaka sebagai lokasi tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

“Program selama tiga hari itu akan diadakan di pelbagai lokasi di negeri ini dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh merupakan lokasi bagi acara kemuncak sambutan tersebut.

“Di peringkat negeri, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri, akan membuat mesyuarat penyelarasan dalam masa terdekat untuk membincangkan acara dan aktiviti-aktiviti pada hari sambutan itu.

“Antara aktiviti yang akan dilakukan adalah wakil-wakil guru akan membuat larian membawa bendera negeri masing-masing pada acara kemuncak di MITC nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan satu sidang media mengenai Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita juga menjemput dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru dari luar Melaka untuk beramai-ramai datang ke Melaka pada sambutan tersebut bagi meraikan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2364
Kongsi :
Previous post Didik pelajar jadi pengguna jalan raya berhemah
Next post Nik Nasarudin KSU KPM baharu
Ubah saiz-+=