
Melaka tidak senarai hitam mana-mana penceramah – Mufti
BUKIT PALAH 22 April – Melaka tidak menyenarai hitam mana-mana penceramah luar yang ingin masuk ke negeri ini bagi menyampaikan dakwah.
Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil menegaskan, setiap penceramah perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sekurang-kurangnya dua minggu sebelum penganjuran program.
Abdul Halim juga menekankan, setiap penceramah perlu jujur dan bertanggungjawab dengan apa yang mahu disampaikan bagi mengelakkan sebarang elemen perpecahan dan khilafiah dalam kalangan masyarakat.
“Kalau tidak menghormati negeri asal mereka bermastautin, untuk mengambil tauliah atau sebagainya saya rasa agak sukar untuk kita menimbangkan perkara itu (kelulusan).
“Jika menjemput penceramah khas tempatan daripada Melaka pula kita akan menyemak sama ada mereka mempunyai tauliah mengajar atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Azim, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...