Sorting by

×

MELAKA TERUSKAN ANUGERAH ‘THE BEST CEO OF THE YEAR’

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 13 Januari – Bagi memantau dan memastikan prestasi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berkualiti, Anugerah ‘The Best CEO of The Year Awards’ akan diteruskan pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, anugerah yang julung kali diwujudkan tahun lalu itu bertujuan untuk menitikberatkan peranan agensi-agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri.

Katanya, terdapat empat perkara dikenal pasti berdasarkan bengkel dan program-program yang dilaksanakan pada tahun lepas.

“Pertama, agensi dan anak-anak syarikat perlu meningkatkan hasil syarikat masing-masing; kedua melibatkan elemen yang telah dikenal pasti iaitu kelemahan dalam mengawal perbelanjaan yang tidak menitikberatkan kategori keutamaan ‘The Most Priority Among Priority’.

“Ketiga membabitkan soal tabir urus korporat melibatkan pematuhan dasar, peraturan serta fungsi kawalan dalaman melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dan belum dibentuk sebelum sesuatu keputusan dibuat di peringkat mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

“Yang terakhir, penutupan akaun belum beraudit tahun 2024 telah menunjukkan kesan ketara yang positif kepada sebahagian agensi dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dalam mencapai sasaran seperti yang disasarkan menerusi unjuran untung rugi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di Grand Ballroom, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

224
Kongsi :
Previous post MELAKA HAB EKONOMI DINAMIK 2025
Next post I.N.T.E.G.R.I.T.I PEGANGAN PENJAWAT AWAM BERKUALITI
Ubah saiz-+=